Kembali ke Sembang-sembang

Soalan Lazim Sembang-sembang.

Bagaimanakah cara menggunakan Sembang-sembang?
Anda boleh membaca dan melihat semua mesej didalam Sembang-sembang, tetapi sekiranya anda ingin membalas atau menghantar sebarang mesej, anda mesti mendaftar terlebih dahulu. Sekiranya anda telah mendaftar, tidak perlu mendaftar buat kali kedua.

Profail peribadi anda, cara mengemaskini dan faedah
Setiap nama yang didaftarkan akan mempunyai profail peribadi sendiri. Anda boleh mengemaskini profail anda dari masa ke semasa, tanpa perlu pendaftaran semua. Faedah profail peribadi ini diwujudkan ialah supaya semua pengunjung boleh berkenal-kenalan sesama sendiri. Klik 'Ubah profail' di bahagian atas Sembang-sembang untuk mengemaskini profail anda.

*PERHATIAN: Semasa mengemaskini, anda boleh mengubah semua maklumat kecuali NAMA anda. Sekiranya anda ingin menggunakan nama yang lain, sila daftar semula.

Masalah semasa mendaftar, pendaftaran gagal!
Sekiranya anda tidak berjaya mendaftarkan nama anda, berikut ialah diantara masalah-masalah yang mungkin menyebabkan kegagalan tersebut:

Bagaimanakah setiap mesej di dalam setiap forum disusun?
Semua mesej akan disusun mengikut tarikh akhir diproses. Ini bermakna, mesej yang baru akan diletakkan di atas DAN mesej yang mendapat jawapan terbaru juga akan diletakkan diatas. Satu trick untuk menggunakan Sembang-sembang dengan berkesan ialah dengan menyelaraskan option/History webbrowser anda kepada hari anda mengunjungi Sembang-sembang. Sekiranya anda ingin mengunjungi Sembang-sembang setiap 7 hari, maka setkan option/History webbrowser anda kepada 7 hari. Dengan ini anda akan sentiasa mendapat mesej terbaru tanpa perlu membaca semua mesej yang dipaparkan.

Apakah spesifikasi untuk melihat Sembang-sembang?
Untuk kepuasan dari segi penampilan, Sembang-sembang menggunakan font Verdana. Sekiranya anda tiada font ini, download font Verdana (35Kb). Unzip kedalam folder c:\windows\fonts. Sila gunakan desktop dengan setting High Color dan 1024 X 768 pixels.

Menggunakan tag HTML didalam Sembang-sembang
Anda boleh menggunakan tag HTML yang berikut sahaja.

Apakah status Moderator, Junior Member dan Member?
Status Junior Member ialah untuk ahli baru, Member untuk ahli yang telah menghantar mesej di sini lebih daripada 50 mesej dan Moderator ialah orang yang bertanggungjawab menjaga setiap forum. Member akan memperolehi faedah, tetapi buat masa sekarang masih tiada lagi sebarang kelebihan. Sila maklumkan kepada Moderator untuk setiap forum sekiranya terdapat sebarang masalah, sama ada pengguna telah menggunakan perkataan yang kotor, atau sebagainya.

Meletakkan 'link' kepada Sembang-sembang dari laman web anda

<A HREF="http://www.melayu.com/sembang2/index.html">
<IMG SRC="http://www.melayu.com/images/websemb.gif" BORDER="0">
</A>
Ya, sudah tentu anda boleh meletakkan ikon tersebut didalam laman web anda. ;-)

Bagaimana mahu menggunakan icons?
Sembang-sembang akan menukar 'mimik muka' kepada ikon yang berkenaan.

:D --> (senyum besar)
:) --> (senyum biasa)
;) --> (senyum dan kenyit mata)
:O --> (geram)
:( --> (sedih/masam muka)
Jika anda menaip :) didalam mesej anda, ianya akan ditukar kepada ikon .

Siapakah yang menanggung kos Sembang-sembang?
Ruangan Sembang-sembang ditaja sepenuhnya oleh webmaster Melayu.com. Ruangan ini menggunakan sejumlah besar ruangan di dalam server Melayu.com, oleh itu kosnya melebihi daripada laman web biasa. Kami tidak memperolehi sesen pun pulangan daripada sejumlah wang yang digunakan untuk membiayai laman web ini. Oleh itu kami berharap anda semua dapat menggunakan ruangan ini sebijaknya. ;-)

Apakah penajaan ruangan Sembang-sembang ini diterima?
Ya. Kami sangat-sangat mengalu-alukan mana-mana syarikat, pihak mahupun individu untuk menaja ruangan Sembang-sembang. Penajaan adalah didalam bentuk kewangan sahaja (kami tidak menerima tawaran ruangan server/mirror site). Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hang Tuah.

Cadangan untuk pembukaan forum baru
Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk membuka forum baru, iaitu forum yang tidak berkaitan dengan mana-mana forum yang telah dibuka, sila hubungi selemann dan hanya forum yang bersesuaian sahaja akan dibuka. Sebarang komen, maklumbalas, cadangan, permasaalahan dan soalan boleh dikemukakan kepada beliau.

selemann
selemann is not salesman

Kembali ke Sembang-sembang

Hang Tuah | Melayu.com

Milik: Melayu.com: Sembang-sembang
© Melayu.com 1998.