Masukkan Topik Baru  Jawab Mesej Ini
  Melayu.com: Sembang2
  Sembang-Komputer
  jejak komputer

profail | daftar | opsyen | sol | carian
Nama Mesej
lina dimasukkan pada: 27-01-99 10:26 MST   Klik
 di sini untuk profail lina   Klik di sini untuk menghantar email kepada lina   Edit Mesej Anda
assalamualaikum
ni tip untuk pengguna pc sahaja yang bersambung dalam rangkaian yang menggunakan protokol netbios over tcp/ip. ia amat berguna terutama sekali bila ada orang guna/curi ip address komputer kita. bila ada 2 komputer guna ip address yang sama, yang kedua akan dapat mesej "conflict ip address" dan lepastu tak boleh nak connect ke network. so ni cara nak jejak komputer tu.

andaikan ip address anda 202.23.73.1. pastikan ketika itu, komputer yang guna ip address anda tengah ON (boleh guna command ping). kalau tak anda cuma dapat mesej "Host not found."

dekat dos prompt taip

nbtstat -A 202.23.73.1

NetBIOS Remote Machine Name Table

Name Type Status
---------------------------------------------
SAMDOL <00> UNIQUE Registered
ADMIN <00> GROUP Registered
SAMDOL <03> UNIQUE Registered
SAMDOL <20> UNIQUE Registered
ADMIN <1E> GROUP Registered
SAMSUL <03> UNIQUE Registered

MAC Address = 00-C0-4F-BC-52-15

Kalau anda bernasib baik anda akan lihat nama pengguna (SAMSUL). itu pun kalau dia login dalam network. kalau tak anda mungkin cuma dapat lihat nama komputer (SAMDOL) dan group komputer (ADMIN).

kalau nak lihat option lain

nbtstat /?

tima kasih.

SToM dimasukkan pada: 27-01-99 11:08 MST     Klik di sini untuk profail SToM    Edit Mesej Anda
uyoo.. baru tau benda ni.. selalu pakai ping jek..anyway good tips..
Dulu penah sekali cari traceroute applications...sibuk cari kat net then rupanya memang dah ada kat win95 --> tracert
Kalau computer anda connected to internet..
try type kat dos prompt..
tracert www.melayu.com
dia akan output gateway kita (router etc) all the way sampai ke server melayu.com.. (selagi tak kena block dari firewall) Kalau network slow kita dapat tau kat mana bottleneck since dia ada tunjuk response time.
namida dimasukkan pada: 28-01-99 18:28 MST     Klik di sini untuk profail namida  Klik di sini untuk menghantar email kepada namida     Edit Mesej Anda
ini sudah baguzzzzzz ... amat berguna sekali. sebab ada orang guna IP aku untuk download 'wayang kulit'. Peh tu aku kena warning dari SA. Aparah punya manusia, buat aku teraniaya.

Terima kasih sekali lagi.

*selalu aku guna tracer. la ni dah tak ader sebab rajin dok format HD.

lina dimasukkan pada: 29-01-99 11:33 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
sama-sama...

lagi satu kalau kita ada share direktori kita kat orang lain kita boleh guna command netwatch.exe untuk monitor user yang access dir tu.

lina dimasukkan pada: 29-01-99 16:20 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
dan lagi kalau kita pakai TCP/IP kat win95 ni kalau kita nak tau apa ip address yang kita pakai, guna arahan

winipcfg.exe

ia akan paparkan
1. Network adapter(3com 3C90x Ethernet Adapter)
2. Alamat Adapter (00-C0-4F-7A-70-2A)
2. IP Address (202.73.22.2)
3. Subnet mask (255.255.0.0)
4. Default gateway (202.73.2.21)

klik butang [more info], ia akan paparkan

5. nama host (lina.melayu.com)
6. IP address DNS (192.228.12.20)

* dalam kurungan cuma contoh sahaja.

Cuba perhatikan alamat adapter (atau dikenali juga sebagai alamat ethernet). Ada 6 nombor hexadecimal. 3 no pertama merupakan nombor id manufacturer. 3 no terakhir adalah no untuk hardware tersebut. macam no ic juga. setiap hardware mempunyai no yang berlainan.

Contoh id manufacturer:-

1. 08-00-20-XX-XX-XX (Sun Microsystem)
2. 00-60-B0-XX-XX-XX (Hewlett Packard)
3. 00-C0-4F-XX-XX-Xx (Dell)

Kita akan dapat lihat nombor dalam mesej yang dipaparkan apabila berlaku konflik pada IP address. Kalau kita kenal nombor tu maka kita tau la hardware apa yang dah pakai/curi IP kita.

sekian

kenyang dimasukkan pada: 08-02-99 15:16 MST     Klik di sini untuk profail kenyang  Klik di sini untuk menghantar email kepada kenyang     Edit Mesej Anda
wwwwaaaa...... caya la.... ini yang best nie... ilmu baru nie... TQ... nanti aku cuba dalami ilmu nie.. pulak... kalu aku jumpa menatang lain pulak.. kita share sesama.. wokey... sifu...

setakat nie.. cuma tau guna tracert, ping ip, ping localhost.. itu je...

tapi member saya ada ajar netstart dulu and skang dah lupa la... kalau tak silap itu guna dia nak access networking kalu komputer kita ada problem nak load windows... so.. kalu ada sesiapa yang paham boleh tak beri penerangan untuk dikongsi bersama....

...sekian terima kasih... dan bersama2 lah kita memperkembang dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini...

lina dimasukkan pada: 09-02-99 09:25 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
ok biar lina cerita pasal netstat. arahan ni terdapat dalam unix dan juga win95/98. tujuannya untuk paparkan status rangkaian (network status).

dekat prompt dos atau unix punya command line, taip netstat -rn

Dalam Dos, untuk Active Routes kita boleh tengok network address, netmask, gateway address dan interface.

Dalam Unix pula kita mungkin lihat column seperti Destination, Gateway, Flags, Refs dan Interface.

Column yang dikira penting ialah Network Address/Destination dan Gateway address sebab dari sini kita tahu apa gateway yang kita guna untuk capai komputer yang berada di luar LAN (local area network) kita.

katakan kita berada dalam LAN A. kita nak capai komputer di LAN B. kita mungkin perlukan gateway terutama sekali apabila LAN A dan LAN B menggunakan network address yang berbeza. Contoh

LAN A guna network address 202.181.10.0
komputer2 dalam LAN A mungkin guna ip address 202.181.10.1, 202.181.10.2 ... 202.181.10.254.

LAN B guna network address 192.227.15.0
komputer2 dalam LAN B mungkin guna ip address 192.227.15.1 ... 192.227.15.254

Contoh komputer yang berada dalam network yang sama ialah yang mempunyai ip address

1. 202.181.10.1
2. 202.181.11.2

dengan syarat netmasknya ialah 255.255.0.0 atau 255.0.0.0
kalau guna netmask 255.255.255.0 kedua2 komputer tersebut bukan lagi dalam network yang sama dan perlu ada gateway untuk berhubung. tak sama sebab yg pertama dalam network 202.181.10.0 dan yang kedua dalam network 202.181.11.0

opsss nanti sambung lagi.

[Mesej ini telah diubah suai oleh lina (pada 09-02-99).]

IT99 dimasukkan pada: 11-02-99 10:34 MST     Klik di sini untuk profail IT99  Klik di sini untuk menghantar email kepada IT99     Edit Mesej Anda
Salamz.
Marilah kita meneruskan jejak-jejak PC ni.Segonok ni.Ni nak keluar tajuk cikit....
Cer negok Easter Eggs ( Yang Tersembunyi di Sebalik Perisian) ni.Best gak gasernyer.
http://members.xoom.com/DAC5007/eastereggs.html

Wassalam.

kenyang dimasukkan pada: 11-02-99 11:10 MST     Klik di sini untuk profail kenyang  Klik di sini untuk menghantar email kepada kenyang     Edit Mesej Anda
linaa... bila nak sambung kuliah kita.. senyap je...
lina dimasukkan pada: 11-02-99 12:50 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
sabar..sabarrr....
macam abg pojie cakap, sabar itu bukan separuh dari sabariah tapi sabar itu separuh dari imannnnn

lina ada banyak kereje lain yang perlu disiapkan. kalau dok ngadap sembang2 nanti satu apa pun tak leh siap. al maklumlah 'operator pengeluaran' yang berdedikasi hehe
susah ooo nak jaga mesin2 ni semer.

lina dimasukkan pada: 11-02-99 16:05 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
OK berbalik kepada cerita pasal netstat, dengan option r dan n (nestat -rn), kita boleh tahu gateway apa yang sudah dikonfigur pada komputer kita untuk capai komputer di tempat lain.

Bila guna arahan netstat -rn, pada column Network Address atau Destination, mungkin ada nilai "0.0.0.0" kat windows atau "default" kat Unix. Cuba perhatikan pada column gateway pula. katakan nilai gateway 192.222.131.1. maksudnya dari LAN anda untuk kemana2 saja komputer di seluruh dunia, komputer anda akan melalui atau menggunakan gateway 192.222.131.1

Anggaplah gateway ni seperti kastam, Malaysia seperti LAN A dan Singapura pura seperti LAN B. Kastam Malaysia ialah gateway untuk Malaysia ke Singapura dan kastam Singapura ialah gateway dari Singapura ke Malaysia.

Kalau dari Malaysia nak ke Singapura pura kene lalu kastam Malaysia. Begitu juga dari Singapura nak ke Malaysia kene lalu dulu kastam Singapura pura. Tak boleh main langkau aja. kita boleh buat andaian bahawa setiap gateway biasanya mempunyai dua interface (2 kastam tu la). Kita hanya perlu ambil tahu kastam di kawasan kita sahaja. Dalam erti kata lain, kita kene tahu ip address gateway yang digunakan dalam LAN kita. konfigur gateway kat pc kita kemudian barulah kita boleh capai komputer2 di luar sana.

nanti lina akan cerita pasal command route pulak untuk konfigur gateway menggunakan command line.

* stom mungkin boleh cerita sikit perbezaan antara gateway dan router

SToM dimasukkan pada: 11-02-99 17:38 MST     Klik di sini untuk profail SToM    Edit Mesej Anda
Aisehman lina senang2 jek ko letak nama aku suruh explain yek..
OK sebut pasal router dengan gateway..eh nanti la kena balik dulu laa..
Ram dimasukkan pada: 11-02-99 23:29 MST     Klik di sini untuk profail Ram  Klik di sini untuk menghantar email kepada Ram     Edit Mesej Anda
best lah lina... macam-macam I dapat pengetahuan dari you all.. keep it up... dalam masa yang sama ram dapat belajar dan selama ni tak tau pon, ram baru jer berjinak ngan komputer dan net ni. So bagus lah buat discussion macam ni..thanks to you all..stom pun bantulah lina.. we all ni baru celek IT.
SToM dimasukkan pada: 12-02-99 09:45 MST     Klik di sini untuk profail SToM    Edit Mesej Anda
Isk RAM semalam aku kena balik daa..bkn takmo tolong lina tu..
OK kita define satu2 fungsi router dan gateway..

ROUTER- Biasanya router adalah device atau software yang tugasnya utk menghantar /menentukan arah tujuan data/packet dari satu network ke network lain.
OK contohnya kalau kita hantar email.. Email kita itu dilihat dari segi komputer sebagai packet yang mengandungi alamat/IP address computer kita dan alamat penerima. So tugas router adalah untuk membaca alamat/IP add dari email tersebut dan menentukan kemana network yang perlu dihantar email tersebut.

Selain dari itu banyak lagi tugas router. Contohnya utk menterjermah protocol ke protocol yang boleh difahami oleh komputer .
Dan satu lagi kalau kita jumpa router kat office kita most probably brand yang kita jumpa ialah Cisco kerana la ni Cisco saya rasa masih kontrol market router.

Gateway- ok gateway betul la kata lina tu macam kastam. Pintu keluar ke network lain. Kat PC kita pi kat Control Panel-Network-TCPIP Properties kita akan jumpa Gateway.
OK contoh komputer saya IP address dia ialah 129.136.93.56 dan check kat gateway address saya ialah 129.136.93.1. OK selalunya network administrator dah reserve ip address bagi gateway nombor yang terkanan cth 129.136.93.x sebagai x=1 bagi router. Supaya senang diingat dan almost dah jadi standard.

Selalunya IP address yang kita jumpa bagi gateway bagi sesebuah network ialah address router.Dan boleh la kita katakan selalunya gateway bagi network kita adalah router.

Isk betul ke ni lina..

kenyang dimasukkan pada: 12-02-99 11:04 MST     Klik di sini untuk profail kenyang  Klik di sini untuk menghantar email kepada kenyang     Edit Mesej Anda
cikgu.... (sambil mengangkat tangan)... eeemmmm... boleh tanya sikit tak... rerasanya la.. router dan gateway yang u all cerita nie... untuk least line kan.. kalau untuk dailup macam mana pulak ceritanya...

sebab selama ini aku dah setkan untuk beberapa system networking yang menggunakan dailup untuk excess internet menggunakan gateway dan ip address yang sama...

so.. boleh tak tolong bagi clear skit dari segi teori dan practicalnya sekali...

time kacih

[Mesej ini telah diubah suai oleh kenyang (pada 13-02-99).]

hazman dimasukkan pada: 13-02-99 09:19 MST     Klik di sini untuk profail hazman  Klik di sini untuk menghantar email kepada hazman     Edit Mesej Anda
Sorry mencelah sikit.
Saya seronok melihat perbincangan di sini semakin teknikal. Ini menunjukkan perkembangan yang ketara dalam talent-talent IT dalam kalangan orang Melayu.

Teruskan dan tahniah!
Hazman. (moderator)

lina dimasukkan pada: 13-02-99 13:31 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
stom,
kalau dah boleh jawab soalan pasal X.25, mestilah boleh jawab soalan pasal route/gateway. kan ke diorang ni adik beradik paling tak pun bau2 bacang hehe

alamakkkkk nanti sambung lagi

lina dimasukkan pada: 15-02-99 08:46 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
stom,
anggap la apa yg stom kata tu betul selagi tak ada orang komplen hehe. kalau ikut logik, router tu dah sememangnya gateway tapi gateway belum tentu router. lina kata macam tu sebab gateway menghubungkan satu LAN dengan LAN yang lain.

LAN A ------- gateway ------ LAN B

tetapi router menghubungkan satu LAN dengan BEBERAPA LAN lain ( misalnya dari LAN A ke LAN B, LAN C dan LAN D ).

The best router yang lina tau memang Cisco. Kalau tak silap dalam produk ODS (Optical Data System) pun, untuk router diorang guna Cisco. IP address untuk router biasanya diorang guna X.X.X.1. Tapi ada jugak yang guna ip address lain atas sebab2 keselamatan.

* nanti lina jawab soalan kenyang.

[Mesej ini telah diubah suai oleh lina (pada 15-02-99).]

SeGaLaMa dimasukkan pada: 15-02-99 11:19 MST     Klik di sini untuk profail SeGaLaMa    Edit Mesej Anda
Tahniah LINA (Lelaki ke Perempuan)
Satu² topik yg paling sensasi. teruskan.

Cerita sikit pasal perbezaan :
Proxy Server
Gateway Server
Router

Mcm sama tapi tak serupa je...

SToM dimasukkan pada: 15-02-99 16:35 MST     Klik di sini untuk profail SToM    Edit Mesej Anda
Hmm nak mencelah..
Rasanya proxy dan gateway server almost sama. Cuma gateway server berfungsi limited kepada pintu keluar/masuk internet.

Manakala proxy server lebih kepada security dan caching. Boleh bekerja sebagai cache server + firewall .. 2 in 1.

hmm err eh betul ke lina

Alpine dimasukkan pada: 15-02-99 16:39 MST     Klik di sini untuk profail Alpine  Klik di sini untuk menghantar email kepada Alpine     Edit Mesej Anda
betul tu stoM!
lina dimasukkan pada: 15-02-99 18:41 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
kenyang,
ni lina cuba jawab berdasarkan andaian lina sendiri. lina andaikan kenyang ada lebih dari dua PC (katakan 3 PC). 1 PC mempunyai modem yang digunakan untuk dial-up. Kesemua PC ini disambungkan bersama menggunakan hub. Dah semestinya setiap PC ada network card. ataupun kenyang ada cara lain untuk buat LAN bagi ketiga2 PC ni.

Sekarang ni kenyang dial guna PC pertama atau lina bagi dia nama PC A. IP address PC A ni mungkin 10.1.1.1. Kemudian kenyang bagi PC B dan PC C yang mana ip address masing2 10.1.1.2 dan 10.1.1.3

PC A akan bersambung ke Internet secara terus menggunakan modem. PC B dan PC C pula menggunakan PC A sebagai gateway untuk bersambung ke Internet. Kenyang ada pakai software WinGate ke? Lina tak pernah guna dan setahu lina itulah software yang orang biasa guna kalau nak beberapa PC bersambung ke Internet menggunakan satu modem.

errr dah terjawab ke belum pertanyaan tu? kalau belum, lina tinggalkan kepada orang lain yang lebih layak untuk menjawabnya

segalama & stom,
Router biasanya satu perkakasan bukan komputer. maksud lina ia bukannya diinstall dengan OS seperti win95, unix dsb. Ia mempunyai software sendiri yang dipanggil firmware supaya kita boleh konfigur router tu mengikut konfigurasi yang kita kehendaki. misalnya kalau kita nak bagi ip address pada router tu. Satu contoh router yang agak popular ialah Cisco router.

Ada juga komputer yang dijadikan sebagai router. Komputer ni mempunyai network card lebih dari 1. Andaikan kita ada 3 LAN iaitu LAN A , LAN B dan LAN C yang network address
masing2 10.1.1.0, 10.1.2.0 dan 10.1.3.0 dan netmask masing2 255.255.255.0.

Apabila kita setkan netmask 255.255.255.0, komputer dalam LAN A tidak boleh berhubung dengan komputer dalam LAN B dan LAN C secara terus. Ia memerlukan gateway untuk berhubung dengan komputer dalam LAN lain. Oleh itu, kita boleh pasang 3 network card pada sebuah komputer untuk dijadikan router. Network card yang pertama kita bagi ip address 10.1.1.1. Network card kedua 10.1.2.1 dan network card ketiga 10.1.3.1

Komputer dalam LAN A akan menggunakan 10.1.1.1 sebagai gateway untuk berhubung dengan LAN B dan C. Komputer dalam LAN B akan menggunakan 10.1.2.1 sebagai gateway untuk berhubung dengan LAN A dan C manakala komputer dalam LAN C akan menggunakan 10.1.3.1 sebagai gateway untuk berhubung dengan LAN A dan B.

Mungkin komputer yang jadik router ni boleh dipanggil sebagai gateway server . wallahualam.

Proxy server pula dipasang kerana beberapa sebab, misalnya:-

1. Mengawasi/mengawal aktiviti pengguna ketika menyusur dalam Internet. Server boleh dikonfigur supaya site2 tertentu tidak boleh dicapai.

2. Mempercepatkan proses capaian ke suatu site melalui penggunaan cache. Lebihkurang macam apa yang stom cakap.

[Mesej ini telah diubah suai oleh lina (pada 15-02-99).]

Ram dimasukkan pada: 15-02-99 23:10 MST     Klik di sini untuk profail Ram  Klik di sini untuk menghantar email kepada Ram     Edit Mesej Anda
Tima kacih di atas keramahan you all dan tidak lokek pada ilmu, Ram pon turut belajar dan mencuba dari apa yang you all discuss.. satu hari nanti nak jumpa you all nak buat gathering, Ram belanja makan.. boleh ka...hehehehe... nak belajar setakat U tak mampu..
SeGaLaMa dimasukkan pada: 18-02-99 11:14 MST     Klik di sini untuk profail SeGaLaMa    Edit Mesej Anda
Cerita pasal Ms Exchange Server leh tak?
lina dimasukkan pada: 18-02-99 17:23 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
errr augustine paul kata MS Exchange server tak RELEVAN kat sini

seperti yang dijanjikan sebelum ni, lina nak cerita sikit pasal arahan route. Arahan ni ada dalam Unix dan Windows. Ni nak bagi contoh kat Win95.

Katakan PC kita dalam network 101.101.101.0. Kemudian kalau kita nak berhubung dengan network 101.101.102.0 kena pakai gateway 101.101.101.1. Begini caranya. Dekat prompt DOS taip:-

route add 101.101.102.0 101.101.101.1 MASK 255.255.255.0

sintaks:
route add destination gateway MASK netmask

Arahan ni berguna kalau nak ke network tertentu sahaja terutama sekali bagi sesebuah syarikat yang ada banyak LAN dan LAN-LAN tersebut tidak boleh dihubungkan secara terus. Sesetengah organisasi memisahkan LAN bagi PC dan Workstation. Ia bertujuan mengurangkan trafik dalam rangkaian.

Kalau hanya satu LAN dan kita cuma nak bersambung ke Internet, memadailah dengan set gateway dalam properties TCP/IP. Bukak Start, Settings, Control Panel, Network.

kenyang dimasukkan pada: 18-02-99 23:14 MST     Klik di sini untuk profail kenyang  Klik di sini untuk menghantar email kepada kenyang     Edit Mesej Anda
errrr.... lina saya rasa jawapan yang lina kasik tak berapa menjawab soalan saya... bak kata P Ramlee.. kena tapi sipi jee.... walau macam mana pun saya ucapkan terima kasih..

oh ya... lupakan lah buat sementara soalan saya tu... sebab dah basi dah... nanti saya soal balik dalam bahasa yang berlainan..

sebab saya lebih berminat untuk bertanyakan akan soalan trafik... seperti yang telah disebut oleh lina...

ala... macam kat KL tu... banyak sangat trafik lightnya... sehingga menyebabkan jem.. kat kuching nie... banyak gak trafik lightnya tapi ada special skit sebab boleh turn left if exit clear walaupun lampu merah...

maksud saya lah... dari segi networking ada tak apa2 petua untuk improvekan kita punya networking trafik.. sebab saya ada gak perasan dari beberapa perkara ataupun faktor yang kita kena tengok...

1. jenis hub
2. jenis network card
3. specifikasi dan setting server
4. configurasi dan setting client/workstation
5. susunan warna bagi UTP cable yang digunakan dan juga jenis cable samaada utp ataupun bnc
6. tugas ataupun peranan server

eerrr... ada yang tertinggal ke.. mungkin ada kut...

so.. macam mana ada sesapa boleh tolong jelaskan... kalau boleh cadangkan penyelesaian dan jenisnya sekali untuk kita bawak berbincang.

bukannya apa.... sebab lain orang lain pengalamannya.. bagi saya mungkin saya rasa trafik saya ok dan laju sebab tak pergi try trafik orang lain lagi... sebab yang pernah saya baca la... jenis networking itu sendiri banyak jenisnya... dan setiap jenis ada kelemahan dan kelebihan masing2

errr.... itu je... kut... kang pepanjang sangat.. korang bolayan pulak... heheheh...

lina dimasukkan pada: 19-02-99 08:14 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
kenyang
hehehe tu la akibatnya bila orang yang tak tau apa2 (macam lina) cuba jugak nak jawab soalan2 tu. jawapan pun merapu je

kalau dah masuk level hardware, lina surrender. stom terror hardware. mesti boleh jawab punya.

* kalau tak cuba macamana nak pandai

IT99 dimasukkan pada: 19-02-99 10:44 MST     Klik di sini untuk profail IT99  Klik di sini untuk menghantar email kepada IT99     Edit Mesej Anda
Salamz,
Pekabor?
Selain Lina , Stom dan Pojie.Dak kan dak der orang lain yang sudi meneruskan jejak di dalam jejak komputer ni.
Teruskan.
Wassalam
lina dimasukkan pada: 19-02-99 12:34 MST     Klik di sini untuk profail lina  Klik di sini untuk menghantar email kepada lina     Edit Mesej Anda
nak cerita pasal arahan ping dalam Unix. kalau sesapa ada linux yang bersambung dengan Internet, boleh la cuba.

Ni cara nak dapatkan senarai IP address yang ada dalam network tertentu dengan syarat komputer tu 'alive'. Katakan network yang kita nak 'tengok' tu ialah network 202.202.202.0. Kita ping broadcast address dia.

ping -s 202.202.202.255 (Solaris)
ping 202.202.202.255 (HP-UX)

output lebih kurang macam ni:-

64 bytes from 202.202.202.251: icmp_seq=1. time=107. ms
64 bytes from 202.202.202.101: icmp_seq=1. time=107. ms
64 bytes from 202.202.202.33: icmp_seq=1. time=107. ms

tekan ctrl-c kalau nak stop.

kita nampak ip address komputer yang ada dalam network 202.202.202.0 tu yang tengah bersambung dalam Internet/LAN. Itu pun kalau komputer dalam network tu pakai netmask 255.255.255.0.

* dalam Win95, lina try tak jadi

IT99 dimasukkan pada: 01-03-99 17:56 MST     Klik di sini untuk profail IT99  Klik di sini untuk menghantar email kepada IT99     Edit Mesej Anda
Salamz,pekabor?
Hmmmmm... nak citer ker idak ni yer.Dakper ler teman nunggu dulu dan study lagi.Teruskan berbincang yer.
Wassalam.
nsr dimasukkan pada: 21-03-99 12:34 MST     Klik di sini untuk profail nsr  Klik di sini untuk menghantar email kepada nsr     Edit Mesej Anda
dah habis ke tip2 nak menjejak komputer nih? hehe
SeGaLaMa dimasukkan pada: 14-04-99 16:27 MST     Klik di sini untuk profail SeGaLaMa    Edit Mesej Anda
Jom cite pasal port pulak,

Ialah nampaknya takde yg sulit mengenai pc atau server.

Maksud saya kita boleh tau apa applications yg mereka sedang onkan spt HTTP, FTP, POP3, SMTP Telnet dan sebagainya..

Betulkan?

Disinilah permulaan sesiapa nak ceroboh...

SeGaLaMa dimasukkan pada: 14-04-99 21:40 MST     Klik di sini untuk profail SeGaLaMa    Edit Mesej Anda
Ini semua arahan ping dlm Windows

Usage: ping [-t] [-a] [-n count] [-l size] [-f] [-i TTL] [-v TOS]
[-r count] [-s count] [[-j host-list] | [-k host-list]]
[-w timeout] destination-list

Options:
-t Ping the specifed host until stopped.
To see statistics and continue - type Control-Brea
To stop - type Control-C.
-a Resolve addresses to hostnames.
-n count Number of echo requests to send.
-l size Send buffer size.
-f Set Don't Fragment flag in packet.
-i TTL Time To Live.
-v TOS Type Of Service.
-r count Record route for count hops.
-s count Timestamp for count hops.
-j host-list Loose source route along host-list.
-k host-list Strict source route along host-list.
-w timeout Timeout in milliseconds to wait for each reply.

nsr dimasukkan pada: 15-04-99 22:44 MST     Klik di sini untuk profail nsr  Klik di sini untuk menghantar email kepada nsr     Edit Mesej Anda
OK segalama
kita jejak port pula. tinggalkan lina dengan jejak komputernya .

Port yang nak diceritakan di sini ialah nombor yang diberi atau digunakan oleh aplikasi yang dilarikan dalam sebuah komputer. Ia bermula dengan nombor 1 sehingga..(maaf saya tak tahu). Kebiasaannya nombor di antara 1-1024 dikhaskan untuk superuser (root) atau aplikasi yang sudah menjadi piawai (standard) dalam Internet seperti FTP(21) , SMTP(25), TELNET(23), HTTP(80), POP3 (110) dsb. Elakkan menggunakan port dalam julat (range) tersebut kerana ia mungkin bertindih dengan port2 yang sudah sedia ada.

Port-port lain yang mungkin biasa kita jumpa ialah seperti IRC (6667) dan SQL Net bagi Oracle (1521). Anda boleh memilih satu nombor untuk aplikasi anda di mana pengguna dari komputer lain boleh berkomunikasi dengan program tersebut melalui port yang telah anda pilih. Ini biasanya melibatkan pengaturcaraan yang menggunakan socket.

Bagi yang menggunakan sistem Unix, cuba lihat fail /etc/services. Pengguna windows pula cuba buka fail c:\windows\services. Lihat nama servis, port dan protokol yang digunakan. TCP ialah Transmission Control Protocol manakala UDP ialah User Diagram Protocol.

Perbezaan antara kedua2 protokol ini ialah TCP akan memastikan jumlah bytes paket yang diterima oleh sebuah komputer lain adalah sama dengan jumlah bytes yang telah dihantar kepadanya. Jika tidak, ia akan menghantar kembali paket yang 'hilang' ditengah jalan. UDP pula adalah sebaliknya. Sebarang kehilangan paket akan dibiarkan. Ia biasa digunakan dalam penghantaran paket audio dan video.

Bagaimana nak periksa port pada sesebuah komputer sama ada ia 'alive' atau pun tidak? Gunakan arahan PING terlebih dahulu untuk pastikan komputer tersebut 'alive'. Kemudian gunakan telnet untuk 'test' port yang kita hendak ceroboh

contoh:-
telnet nama_komputer port

telnet melayu.com 888
Trying xxx.xxx.xxx...
telnet: Unable to connect to remote host: Connection refused

Jika port 888 di atas tidak digunakan dalam komputer tersebut, kita akan dapat mesej connection refused.

Jika alive, kita akan dapat sekurang2nya mesej berikut

Trying xxx.xxx.xxxxxx...
Connected to hostname.
Escape character is '^]'.


tekan kunci Control dan ] serentak untuk dapatkan prompt telnet. kemudian tekan q untuk quit.

cuba telnet ke port 25. lihat apa mesej yang kita dapat jika port tersebut alive . Melalui port ini terdapat arahan2 yang boleh digunakan untuk menghantar e-mail. Tanpa menggunakan program e-mail! Boleh juga digunakan untuk menghantar fake mail.

Sebenarnya ada banyak program dalam Internet yang boleh kita guna untuk memeriksa port. Cuba cari program "Port Scanner". Kemudian cuba cari satu program bernama netcat. Ia memudahkan kita berkomunikasi dengan port tersebut menggunakan baris arahan (command line). STOM mungkin boleh tolong carikan URL untuk program2 ni

ok cukup untuk malam ni
wassalam.

Topik Ditutup Untuk menutup topik ini, klik di sini.

Masukkan Topik Baru   Jawab Mesej Ini
Masuk ke:

HangTuah | Melayu.com